
Galeri
Aktiviti Agensi


Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Agensi Agama Islam
Negeri Sembilan 2025 Kali Ke-2
Persidangan Pegawai-pegawai Kanan Agensi Agama Islam Negeri Sembilan 2025 melabuhkan tirainya dengan kejayaan apabila berjaya mencapai sebanyak 12 resolusi utama dan menyelaras perkhidmatan mengikut bidang tugas masing-masing.
​
Persidangan tersebut dihadiri oleh Pengerusi, MAINS, Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Faudzinaim Badaruddin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKSNS), Dato’ Kamal Bashah Ahmad Tajuddin serta Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah. ​Turut hadir Setiausaha MAINS, Zainal Said dan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPeNS), Mohd. Alimi Mohammed bersama barisan pengurusan tertinggi institusi agama negeri.
​
Sebelum ini, sebanyak 14 usul terdahulu telah dibincangkan dan diambil tindakan sewajarnya dalam usaha memperkukuh pelaksanaan dasar serta penyelarasan perkhidmatan antara agensi agama Islam di Negeri Sembilan.
​
Persidangan tahunan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh hubungan strategik antara agensi, memperkemas hala tuju pentadbiran Islam negeri dan memastikan pelaksanaan tanggungjawab berjalan selaras dengan matlamat pembangunan ummah di Negeri Sembilan.
![]() | ![]() | ![]() |
|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |

Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan 2025
TAKLIMAT HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN
​
PORT DICKSON, 20 Mei 2025
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri Taklimat Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan bagi tahun 2024 bertempat di Lexis Hibiscus, Port Dickson hari ini.
​
Antara intipati persembahan taklimat adalah statistik pencapaian semua agensi agama Islam bagi tahun lalu berdasarkan bidang kuasa masing-masing.
​
Dalam taklimat ini, Tuanku menyambut baik pelaksanaan Modul Aulad Sejahtera yang menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan kanak-kanak sejak dari peringkat prasekolah bahkan turut mengangkat elemen Adat Perpatih yang menjadi warisan Negeri Sembilan.
​
Turut hadir Tunku Besar Sri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus al-Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Aminuddin Harun, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' MK Ibrahim Abd Rahman, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan, Ahli-ahli MAINS, Perbadanan MAINS dan Pegawai-pegawai Daerah.
![]() | ![]() | ![]() |
|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |

Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Agensi Agama Islam
Negeri Sembilan Kali Pertama
SEREMBAN, 18 Disember 2024
Memperkukuhkan hubungan antara agensi-agensi agama dan memantapkan kesyumulan Islam di Negeri Sembilan, MAINS telah mengadakan sebuah persidangan yang melibatkan pegawai-pegawai Kanan setiap agensi hari ini bertempat di Royale Chulan Seremban.
Intipati persidangan ini adalah menyalurkan idea dan cadangan penambah baikan antara agensi serta menyelaraskan program yang berkesan bagi mengelakkan pertindihan aktiviti dan fokus sasaran.
Seramai 60 orang pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan serta MAINS sendiri telah hadir dalam persidangan ini.
![]() | ![]() | ![]() |
|---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |
![]() | ![]() | ![]() |






























































